Sunday, March 21, 2010
:D
*sapu-sawang..
nanti sy update lagik..
adela skit2 entry basi2 tu..
will be back soon ;)
Thursday, February 11, 2010
Friday, January 15, 2010
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali
Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahid engankemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak2, Kadang2 tangisn nyaring.
Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri.
Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.
Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.
Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.
Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit Kekerasan, cubit, rotan & meminta dia berikrar utk tdk mengulanginya kembali.
“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.
Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.
Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.
“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat drpd biasa. Kemarahnnya mcecah siling kesabarn & mbakar rentung ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang.
Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.
Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.
Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.
“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.” Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitn, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bcucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat kerana kesakitan itu.“… Abang janji tak akan buat lagi.”
“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku … Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan. Setelah lama menunggu, tiba-tiba Doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …” Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.
Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya.. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.
Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yg ibu lihat pd setiap hari di spjg hidup ini. “Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pd koyakn kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.
Moral: Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati
Dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana Kita selalu sedar
Dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman..
Wednesday, January 13, 2010
great wednesday
sbb nak setel something..
OOoooppssss..
bukan sbb PTPTN telampau atau seludup2 ye.. Awas!! jgn sceptical plss
since da xjadi gi sane
we decided to betenet nenet nenet @ Mid Valley..
walopon dah muak g sane but still.. i love to shop not to drop, movies, makan2 etc..
Wednesdaykan bole dpt movie tix cheaper??
so, we took a chance tgk Sherlock Holmes (dah nak basi baru nak nengok kan?)
besh weh besh. aku xtido pon
most of the time tgk movie mesti telelap..kali ni tade lansung
amek couple seat berbaloi walopon lebih RM4 dari seat bese
tade la bengang tgk citer.. if seat biasa row tengah or bawah2 ni
merasa la kepala shaking.. org atas tu sedap je gerudi kusi kite
ikutkan hati aku bawak je hammer
if org shake kaki je aku ketuk sampai patah!!~~
bole?
korang yang lom tengok g la tengok.. seronottt
after all, kitorg jalan2 sekali terjumpa booth shell and terus semak2 kat situ
mana tau dapat pape...
die suh jawab 10Q sambil round booth tu..
Q base on what the promoter explained
layankan aje janji at the end ade goodie, also stand a chance to win RM100k
berpinar mata aku if dpt rezeki tu InsyaALLAh..
macik kayooo!!~~
We had dinner/ lunch/ supper at Kenny2 (panggilan manja restoran pacik KENNY ROGERS)
coincidentally, its kenny2's Roasters Healthy Eating Day..
those who had wear red color blouse/tshirt or anything on red..
were entitled to get buy one free one Quarter Meal Chicken..
Lucky me, and rezeki !!~
i wore Red stripes baby T dapat pacik Zane kite makan 1 free quarter meal
tgk.. luck la wife awk arinih.. kihkihkihkih
total meal was RM28.50 for 1 Main course, and 2 drinks last but no least, srcharge yg hampeh
That's it for now la kot?
talarat menaip nih.. baru je sihat
i'll entertain u with pics..
they do the talking for today..
layannnnn.....
Vanilla for him and choco was mine
Hot Chocolicious Milk..
MrZane ckp star tu mcm badge star of david je.. yeke??
Drumstick kontot, baked beans, mashed potato and coleslaw
Drumstick besar (xadil aku dapat kecik je),
potato salad, macaroni and fruit salad for him
Lahap gile aku makan..al maklumla baru lepas sakit kan..
masa sakit mmg xselera nak makan..payau je rasaTime kasih kenny2..ku kasik balik tulang ayam
sbb ko dah pau aku surcharge..sile cuci
-abesh-
Sunday, January 3, 2010
sengal
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan melakukan hubungan seks hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam kelima berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat."
Thursday, December 3, 2009
pendayung sampan
Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang;
selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
Professor: Hmm..Hari nak hujan. OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai...
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan..
Professor: Kamu dah lama kerja mendayung sampan? Tanya Professor itu.
Pendayung sampan: Hampir semur hidup saya... Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
Professor: Seumur hidup kamu? Tanya Professor itu lagi.
Pendayung sampan: Ya...
Professor: Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan? Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi..
Professor: Kamu tahu geografi? Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
Professor: Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu...Kamu tahu biologi? Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
Professor: Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik? Professor itu masih lagi bertanya..
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
Professor: Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan. Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.
Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.
Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, Pendayung sampan: Kamu tahu berenang? Professor itu menggelengkan kepala.
Pendayung sampan: Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu...
Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat... Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..
Tuesday, November 24, 2009
ohh tickets already sold out mcm hot cakes..
