Friday, May 7, 2010

hanya gadis melayu dirasuk?

Aku pon wonder y asik pompuan2 Melayu je kene rasuk...
hmmm...

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."

=p hahahh.. aku pun terpedaya dgn joke ni sbnarnye..bengong btol ;)

Thursday, May 6, 2010

err... g jauh2 ye?

errr... tatau cemana nak start akibat kecuakkan, terkezut dan terrgamam..
kali ni entry agak seram sejuk aku nak cite since bende ni jadi kat opis aku..
First n foremost minta2 la jangan diganggu makhluk halus..
Amiinn..
sbb aku mmg balik keje malam2..
after 12 plak tu
dah la 'turn diorang' plak kuar bekeje...

al kisah...
last thursday, Boss admin aku called few indian guy utk tebang pokok satu pokok besar dan rendang kat tgh2 car park hujung dunia tu..
lepas 3 hari, kitorg dapat tau yg salah sorang penebang pokok tu mati mengejut since dah 3 hari demam n meracau.. (not sure his condition before..maybe ade jantung ke ape.. Wallahualam..)
assistant2 penebang pokok tu pon kene tempias, demam n meracau2..
abeh satu badan bengkak2..n skang tgh berubat agaknye..
power kan pokok tu?
motip tebang pokok tu sbb Utusan nak buat building sendiri instead of being uncoordinated branches.. cthnye, HR kitorg kat PGRM Pudu Ulu, Media Sales kat PJ..Graphic n Editorial kat Chan Sow Lin..kan berterabur tu? so nak di combine under one roof la..baru korporat katanye?
Lagipun utk keselamatan PM nak dtg wat perasmian Pecah Tanah utk construction wat building tu this Monday..
if die kacau bini PM kang haru biru plak nanti.. lagik seram jadiknya?

skang ni sume org dah cuak..
tersebarla cite ni satu opis
ada yg kata doctor ckp india ni mati sebab darah dah kering..
(sebab kene sedut dgn penunggu pokok?)
selama aku park kat tepi pokok tu, alhamdulillah xde bende pelik jadi
kadang2 tu aku main2 dgn anjing tepi pokok tu.. tunggu die makan la apa..
seriously tak sangka plak pokok tu berpenunggu..
org2 kat sini xpenah plak ckp car park tu 'keras'
nanti yang lelain takut plak nak dtg keje..
tapi before this ade gak la aku dikacau
dibaling2 la.. digoncang2 kotak la...
tapi buat2 xperasan je..dalam hati Tuhan je tau..

Then ade staff ni gi Darusyifa' berjumpa sahabat2 Datuk Harun n Hassan Din
cite bende sebenar yg terjadi..
then ustaz ni die 'tengok' pokok tu thru staff tadi..
n berkomunikasi dgn makhluk pokok tu..
rupanya Jin bukan Islam (Jin India)
sebesar n tinggi pokok tu...berbulu lebat, hitam legam...
umur: 100 tahun plus.. hebat n sihat.. :p

dia berkeras xnak tinggalkan kawasan tunggul pokok tu..
sbb dah seratus tahun die kat tinggal dalam tu
siap cerita since pokok tu kecik, die membesar sama2..
siap buat taman2 kat situ, jaga persekitaran la bla bla bla..
ustaz suruh die move to Kuil nearby pon die xmau..
die nak duduk situ jugak...

so dah taleh nak buat ape kan..
semalam..
lebih kurang pkul 5.30ptg..
4 ustaz dari Darusyifa' dijemput dtg utk halau makhluk tu
ada 2 ustaz yang sama tlg aku 'bersihkan' rumah aku dulu sblm duduk..
(sbb rumah dah lama kosong..kene la ikhtiar ape yang patut)
start dgn bacaan Yasin dengan staff lelaki pkul 6.30 kat car park area n buatkan air utk siram kawasan keras tu..
ramai la tgk ustaz tu berubat termasuk aku..
separuh jalan je aku tgk sbb boss dah panggey siapkan keje.. :(
tak sempat nak tgk sampai abeh..
then ade kakak kerani cite.. die just siram2 n tabur garam kat tunggul pokok..
di ikuti Solat Maghrib n Solat Hajat dgn staff...
Alhamdulillah... selesai satu part...

Ustaz: "Benda tu xde kat sini.. mungkin dah berpindah..."
tapi, ustaz xckp plak katne..
maybe die tau tapi tak nak org takut2?

argh sudah.. mesti die tumpang kat pokok besar yang lain tuu..
ni aku punye prediction la..
pasal ade 5 pokok besar yang sama kat area car park tu.. gelap gelita plak tu..
pasni kene elak park n lalu tepi2 pokok besar yg lain..
gugugugugugu gagagagagagap aku dibuatnye..

Pastu ramai la bercerita..
dah lama org2 lama kene kacau..
macam2 style laa.. kowser aku nak cite..byk sgt..
hehehe

Proses 'menghalau' ni amek masa 3 hari..
Ustaz akan pantau masa ke semasa...
harini hari kedua..tgk la cemana
aku mcm xbole nak g tgk dah..

malam tadi tido..
aku alhamdulillah OK..
si Zane meracau2...pastu asik sebut
"Pegiiii!!! P*ki..Pegiiiiilaaaaaaaaaaaaaaaaa....."
lama plak tu..memula aku buat tatau jela igt mcm saje2 ke ape..
makin lama makin kuat dia jerit..
aku xsedap hati n terus jerit nama dia kuat2 n selawat usap2 ubun2 dia
pastu die bgn berpeluh2.. blur kejap..
die cite ade bende dtg mcm dlm keadaan separuh sedar..
hitam2.. suh g jauh die xnak..lagi dtg dekat adala..
isk...aku cuakkkkk!!!

Sorry babe..
harini sy x nak gi tgk dah..
xnak lagi bende2 ni jadi kat awk :(
nanti sy lagi cuak..
Maaf ...

p/s: kawan2 kita kena sentiasa pertahankan diri dgn ayat kursi..
part ayat " Wasia'akursi yussamawatiwal ardh" tu.. baca 7 kali n hembus kiri kanan atas bawah..
4 Qul pun ok gak..
dan..
kalo agak takut sgt n isau kot2 die ikut belakang kita..
baca "Subhanallazi Minssyarrima Qalaq" n ludah ke belakang sblah kiri..
die xkan berani dekat dgn kita.. n hati kita tenang
(Tips Ustaz Darusyifa' nak mencarut kat die pon bole..die mmg takut dgn kita walopon ayat tu pendek, tp die powerless nak dkt2 n manja2 dgn kita)
Paling bagus kalo kita amalkan ayat 1000 Dinnar..
bukan utk murh rezeki je.. arwah datuk aku ckp..
badan setan, iblis, hantu n sekutu dgnnye bole berlubang kalu kene ayat tu.. (Wallahualam..)
Dimulakan dengan al-Fatihah, Seribu Dinnar n selawat ke atas Nabi... tu pun perindung diri utk segala benda..maklumla kes ragut, rompak sgt gila skang ni..hard core belaka..
tu je aku nak kongsi if ade tips2..
silela kongsi ;)

InsyaALLAH..





Friday, April 23, 2010

Dataran helang, Langkawi


"lynn, kat Langkawi ape besh?"
"eh ko kan org kedah? murah x barang2 kat Langkawi tu?"
"Banyak x hotel2 n activity kalo nak g sana?"

Ni la Q yang selalu org tanya aku since org tau aku ni Kedahan..
kekadang sentap juge sbb xdpt jawab pe org tanya.. hihiih
so sengih je le kan...
isk..aku mana tau pasal Langkawi...
Last time pegi is when i was 11th yrs kot..
kirenye dah bape tahun ek??? kire la sendiri..

bukan ape..aku ni mabuk laut
tu jela sekali aku g Langkawi
pastu bila parent, aunts or relatives aku gi..
aku duk umah je jaga kucing
kowser aku mabuk2 ni..uwek sana sini..
ngeri..
Jakun kan?

Apparently, husband aku si Zane plak tanye
"ape besh Langkawi?" aku geleng pale je..
aku citela kejakunan aku pasal Langkawi tu
Bla..bla..bla..
mencik!!
die bantai gelakkan aku.. :(

Lantas die suh booking airasia ke sana
waaa... mcm xpecaya nak g sana
kompem xmabuk laut
kalo nek ferry mungkin 2x fikir gak kot??
aku kalah ngan laut..
penah dulu masa 8 yrs aku ikut aunt aku g umah kawan die
nek sampan seberang laut sekangkang kera je pon
sampai je umah org tu..bedebus2 muntah..
lembik :(

Kitorg g july
motip pegi?? saje jalan.. berhoneymoon..
dan paling penting!!! Shopping? (nanti mesti Zane bwk skit je duit :()
hahahaha..
tgh survey2hotel ni.. menariknyeee..
tapi yang tensionnye, apsal july die rated as peak season?
padahal xde pe pon activity kat Mesia ni?
maybe sbb July is mat saleh's month..
derang suke dtg july kot? motip? sunbathe?
aku pon xsure ka musim ape July tu..

Hotel list yg besh takat ni..

Meritus Pelangi Beach Resort


Westin Hotel

Bon Ton Restaurant & Resort

Sheraton Hotel


Berjaya Resort



Kalo ikutkan hati, aku nak Westin or Sheraton..
ada private beach..
Siyesly menarik, tapi pricing...K.O
Zane plak mcm encourage amek Bon Ton
nak merasa duduk umah kampung..

hmmmph!! kompius ni..alih2 kangduk motel je..
xpe.. teruskan misi pilih memilih..
sesape yang penah ke sana..
pls kasik tips skit mana hotel n tempat2 besh
bole kitorg gi..

;)

Thursday, April 22, 2010

sumber: Utusan Online

Remaja mangsa rogol derita, pensil di dalam kemaluan

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.
Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.
Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.
"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.
"Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.
Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.
Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.
Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.


Haih.. zaman skang ni sume nak tunjuk otai
kecik2 'ribena' lagi dah pandai merogol
besau2 nanti jadi apa la si mangkuk ni..
perogol bersiri?

pada aku la kan jgn kasik chance mangkuk2 ni hidup..
tayah hanta skola juvana ke pemulihan ke ape..
hante je masuk kubur kan senang?jadikan iktibar utk perogol2 'ribena' yang lain



Sunday, March 21, 2010

:D

lamanya xde post pape kat blog ni..
*sapu-sawang..
nanti sy update lagik..
adela skit2 entry basi2 tu..

will be back soon ;)

Thursday, February 11, 2010

.pms.
:(

Friday, January 15, 2010

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahid engankemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak2, Kadang2 tangisn nyaring.


Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri.

Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar2 memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit Kekerasan, cubit, rotan & meminta dia berikrar utk tdk mengulanginya kembali.

“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat drpd biasa. Kemarahnnya mcecah siling kesabarn & mbakar rentung ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang.

Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.” Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitn, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bcucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat kerana kesakitan itu.“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar. Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami Dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku … Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan. Setelah lama menunggu, tiba-tiba Doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.” Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah. “Anak puan … Telah meninggal dunia.”

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini. Dunia terasa seperti pasirJerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …” Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya.. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yg ibu lihat pd setiap hari di spjg hidup ini. “Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pd koyakn kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Moral: Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati
Dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana Kita selalu sedar
Dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman..