Thursday, April 22, 2010

sumber: Utusan Online

Remaja mangsa rogol derita, pensil di dalam kemaluan

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.
Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.
Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.
"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.
"Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.
Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.
Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.
Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.


Haih.. zaman skang ni sume nak tunjuk otai
kecik2 'ribena' lagi dah pandai merogol
besau2 nanti jadi apa la si mangkuk ni..
perogol bersiri?

pada aku la kan jgn kasik chance mangkuk2 ni hidup..
tayah hanta skola juvana ke pemulihan ke ape..
hante je masuk kubur kan senang?jadikan iktibar utk perogol2 'ribena' yang lain



2 comments:

  1. Astagfirullah hal azim!!~

    Budak-budak zaman sekarang...haihhh

    ReplyDelete
  2. hmm mmg jahat2 la budak akhir zaman skg ni..kesian budak perempuan tu..dah la dari umah kebajikan.. parents xde.. sedara mara tatau katne.. berat gile ujian utk die..

    aku sgt simpati..

    ReplyDelete