Friday, September 18, 2009

AMALAN-AMALAN SUNNAH DI 1 SYAWAL

1) Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya. Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2) Memakai bau-bauhan yang wangi. Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.
3) Memakai pakaian yang paling elok dan menutup aurat. Pakaian tidak semestinya baru tetapi pakaian yang indah dan rapi.
4) Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya AidilFitri. Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.
5) Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat. Bagi perempuan yang datang haid, sunnah mereka turut serta ke tempat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.
6) Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
7) Bertakbir pada hari Raya. Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya (Magrib) iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
8) Ucapan Tahniah Sesama Muslim Pada Hari Raya
9) Solat Hari Raya. Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

No comments:

Post a Comment